LONDON: Meskipun baru 10 perlawanan dimainkan dalam musim Liga Perdana England (EPL) ini, kedudukan dalam zon penyingkiran pada peringkat awal sebegini sebenarnya lebih membimbangkan daripada yang disangkakan.
Namun, dengan kedudukan EPL yang begitu rapat, saingan kali ini juga berpotensi menjadi antara pertarungan mengelak penyingkiran paling sengit dalam tempoh lama.





