SHENZHEN (China): Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong memberi amaran bahawa ketegangan geopolitik boleh menyebabkan Asia-Pasifik berpecah kepada blok ekonomi yang bersaing.
Justeru, beliau menggesa negara-negara di rantau ini supaya terus bersikap terbuka dan bekerjasama walaupun mempunyai perbezaan.





