TOK MAN merenung tajam ke arah akuarium yang ada di ruang balkoni rumahnya. Masih kelihatan cantik dengan adanya tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau. Ada juga hiasan batu-batu karang kecil yang mewarnai akuarium itu. Terdapat juga jambatan yang diperbuat daripada kayu berwarna merah turut menghiasai akuarium Tok Man. Berwarna-warni penghuni di dalam akuarium itu. Ada yang putih, jingga, biru, merah, hitam dan...





