MENCARI erti kehidupan adalah antara soalan asas bagi manusia dalam mengharungi hari-harinya. Pelbagai pandangan dan teori telah dikemukakan untuk menjawab soalan yang menghantui jiwa manusia yang sedang mencari kebenaran yang hakiki. Bagi umat Islam, Al-Quran telah pun memberitahu manusia tentang tujuan kehidupan duniawi iaitu pengabdian pada Tuhan yang Esa melalui ibadah seperti yang ditetapkan Allah swt dalam Surah Az-Zariyat ayat...





