PENCAPAIAN atlet Singapura yang akan ke Sukan Olimpik Tokyo menunjukkan sukan di negara ini telah berkembang, dan sokongan pelbagai pihak telah menghasilkan atlet bertaraf dunia, kata Presiden Halimah Yacob.
Beliau menambah bahawa kejayaan para atlet tersebut melayakkan diri ke temasya sukan itu adalah satu pencapaian "luar biasa", memandangkan mereka berdepan pelbagai cabaran dan sekatan dek pandemik Covid-19.





