ISKANDAR PUTERI (Johor): Johor merancang penyediaan 490 rumah tambahan di seluruh negeri, dengan keutamaan kepada 14 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menerima kurang daripada 20 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sepanjang 2022 hingga 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata rancangan itu melibatkan 20 unit di setiap kawasan berkenaan dan lima...




