PERJALANAN sebagai seorang ibu agak mencabar, namun dengan sokongan, penginapan buat sementara dan sokongan emosi semasa tempoh yang mencabar adalah penting kata Presiden Halimah Yacob.
Mengunjungi Safe Place oleh Perkhidmatan Keluarga Lakeside pagi semalam, Puan Halimah melahirkan rasa gembira mempelajari mengenai program yang menyokong dan memperkasakan wanita dengan kehamilan yang tidak disokong.





