WASHINGTON: Ramai individu gemar mengira jumlah langkah harian bagi mengukur tahap kegiatan fizikal mereka.
Malah, ada yang menetapkan sasaran 10,000 langkah sehari demi menjaga kesihatan.
Penggunaan jam tangan pintar dan alat pemantau kecergasan turut mendorong ramai untuk mencapai sasaran tersebut setiap hari.
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa berjalan kaki merupakan antara cara paling mudah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memanjangkan jangka...




