Dikelilingi pemain pertahanan, Muhammad Aryan Rifqi Roslee mengawal bola dengan pandangan tertumpu ke arah pintu gol.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kekal tenang, mendongak kepalanya lalu bertindak seolah-olah mahu melepaskan rembatan.
Namun, Aryan Rifqi menghasilkan hantaran deras yang tepat kepada rakan sepasukan yang tidak dikawal, untuk menjaringkan gol yang amat bergaya.
Aryan Rifqi merupakan antara 140 peserta kanak-kanak yang masing-masing...




