SAN FRANCISCO: Syarikat Nvidia telah mengarahkan rakan pengilangannya supaya menghentikan penghantaran pelayan (server) yang mengandungi cip keluarannya ke negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia, lapor Financial Times (FT) pada 26 November.
Langkah itu menyusuli sekatan baru Amerika Syarikat yang berkuat kuasa minggu lalu, mewajibkan lesen eksport bagi penghantaran cip canggih ke beberapa negara Asia Tenggara – sebahagian usaha Washington menutup...





