Empat tahun menerajui Kerajaan Perpaduan, ramai melihat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semakin menonjol di pentas antarabangsa menerusi hubungan diplomatik dengan pemimpin dunia serta pendirian tegas dalam menyuarakan isu sejagat.
Di media sosial, khususnya dalam kalangan penyokongnya, terma ‘mendunia’ galak dikaitkan dengan kepimpinan Datuk Anwar, sebagai menggambarkan pengaruh, populariti atau pencapaiannya yang telah melangkaui sempadan negara dan diiktiraf...





