Edisi ketiga ‘Semarak Seni Silat Singapura’ (SSSS) 2026 menghimpunkan 25 pertubuhan silat dalam pertandingan silat tradisional terbesar di Singapura, sekali gus menggandakan jumlah penyertaan kepada lebih 400 pesilat.
Ini berbanding penyertaan lebih 200 pesilat daripada 20 pertubuhan silat pada 2025.
Dilancarkan pada 2023, pertandingan itu bertujuan melestari dan meraikan seni silat tradisional Melayu, di samping mengeratkan hubungan antara pelbagai perguruan...




