SEKOLAH dibuka semula bagi penggal baru semalam, dengan langkah pengurusan selamat seperti pemakaian pelitup dan tempat duduk khusus bagi mereka yang kembali ke bilik darjah.
Pelajar yang menghadiri kelas fizikal - ialah murid darjah empat hingga enam, menengah tiga hingga lima, maktab rendah dan Institut Millennia - juga mempunyai masa rehat yang diaturkan dan menjalani pemeriksaan suhu badan.





