SYARIKAT pemaju hartanah Singapura, CapitaLand dan CapitaLand Hope Foundation (CHF) akan membeli lebih 1,200 bekalan perubatan kecemasan bagi membantu penduduk India dalam menangani Covid-19.
Ia akan menghantar katil unit kecemasan rapi (ICU), pelitup muka, peralatan perlindungan peribadi, alat oksigen dan membentuk pusat penjagaan Covid di Taman Teknologi Antarabangsa Bangalore.





