SEKITAR 100 orang telah membuat laporan polis terhadap wadah perdagangan dalam talian Torque, pengasasnya dan seorang pekerja dari syarikat tersebut selepas ia mengumumkan penggantungan lebih daripada 14,000 akaun pelabur di 120 negara.
Di dalam surat dan rakaman video kepada pelabur pada 9 Februari, ketua eksekutif firma tersebut, Encik Bernard Ong, 33 tahun, mendakwa salah seorang pekerjanya telah melanggar peraturan syarikat...





