INDIANAPOLIS: Seorang penembak berusia 19 tahun yang telah membunuh lapan pekerja termasuk dirinya di pusat FedEx Indianapolis merupakan bekas kakitangan pusat khidmat kiriman barangan itu.
Remaja itu ditahan kerana masalah psikiatrik tahun lalu menyusuli keprihatinan ibunya yang bimbang dia akan membunuh diri dengan bertindak ganas bagi mendapatkan perhatian polis dan pihak berkuasa, kata polis dan FBI kepada agensi berita Reuters.





