LEMBAGA Taman Negara (NParks) membuka jambatan Villa Verde baru di Choa Chu Kang pada Sabtu (17 April) dan mengumumkan kemudahan baru bagi mempertingkat akses dan peluang riadah buat penduduk di kawasan tersebut.
Ini termasuk Penghubung Taman (PC) Stagmont dan laluan bawah di sepanjang PC Pang Sua yang bakal dibuka Jun ini.





