SMRT akan menggantikan semua teksinya dengan kenderaan elektrik dalam tempoh lima tahun di bawah strategi kemampanannya.
Kumpulan pertama sebanyak 300 teksi elektrik akan tiba di Singapura mulai Julai, kata pengendali pengangkutan itu dalam satu kenyataan pada Selasa (20 April).





