Dalam Belanjawan dan Bahas Belanjawan 2021, pemerintah menggalak pemupukan sifat inklusif dari segi penggunaan teknologi. Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat turut menggalak mereka yang mahir teknologi agar membantu merapatkan jurang kemahiran digital di Singapura. BERITA HARIAN memaparkan usaha siswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) membantu warga emas memahami teknologi di samping menyenaraikan usaha pemerintah bagi mencapai iltizam tersebut.





