NUR Alyssa Mohd Azli seorang kanak-kanak 11 tahun yang gemar menari tatkala mendengar lagu-lagu kumpulan K-pop seperti Blackpink dan BTS.
Anak kecil ini juga seorang yang amat penyayang dan murah dengan kata-kata pujian.
"Saya baru sahaja selesai mandi dan berdandan pagi itu dan Alyssa menoleh ke arah saya kemudian berkata 'Mummy nampak cantik hari ini.'" ujar Cik Ilyana Ali, 42...





