YANGON: Di serata Myanmar, penentang junta yang memerintah semalam meratapi pembunuhan sekurang-kurangnya 114 orang oleh pasukan keselamatan pada hari paling berdarah sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu, tetapi berikrar akan terus menentang untuk mengakhiri pemerintahan tentera.
Kanak-kanak adalah antara yang terbunuh kelmarin, yang merupakan Hari Angkatan Bersenjata Myanmar, menurut laporan berita dan saksi, dalam tindakan keras yang mengundang...





