MINAT pengarah filem setempat, Tawfik Daud terhadap rancangan perlawan gusti tercetus semasa zaman kanak-kanak, yang sekali gus mengimbau nostalgia keseronokan menonton televisyen bersama datuknya.
Pengarah dan pemilik firma penerbitan SevenOne Films itu mengakui beliau memang seorang fanboy WWE (Hiburan Gusti Sedunia) dan bagaimana beliau dan datuknya melekat di depan televisyen ketika ibu bapanya keluar bekerja.





