DALAM mendidik anak berdwibahasa, dua perkara penting perlu diingat - 'perbualan' dan 'pembacaan'.
Perbualan dengan kanak-kanak kecil, terutama yang baru hendak mengenal bahasa dan perkataan, mestilah dipenuhi dengan sokongan dan pengukuhan positif agar kanak-kanak tersebut menjadi lebih yakin dalam penggunaan bahasanya.






