MENTERI luar negara Singapura dan Indonesia telah melahirkan keprihatinan yang mendalam terhadap keadaan yang berlaku di Myanmar sambil menyokong usulan untuk mengadakan Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Asean mengenai Myanmar.
Ini dinyatakan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam, menerusi satu kenyataan selepas Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia, Cik Retno Marsudi, di Singapura untuk bertukar-tukar pandangan...





