JAKARTA: Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, semalam berkata peralihan Myanmar ke demokrasi setelah rampasan kuasa awal bulan ini harus mengikuti keinginan rakyatnya.
Ucapannya itu dibuat selepas timbul kemarahan daripada penunjuk perasaan antikudeta di Myanmar terhadap satu laporan bahawa Indonesia sedang mengusahakan rancangan Asean untuk mengirim pemerhati untuk memastikan junta tentera Myanmar mengadakan satu pilihan raya yang adil, seperti telah...




