MURID Tadika Satu (K1) dan Darjah Satu (P1) memulakan hari pertama di sekolah semalam dalam suasana norma baru di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Selain langkah pengurusan selamat yang biasa dilakukan seperti pengambilan suhu badan dan aturan duduk jarak selamat dalam kelas, sekolah-sekolah juga membuat penyesuaian dalam cara mereka menyambut murid sedang kanak-kanak itu membuat peralihan kepada sekitaran baru.





