KUALA LUMPUR: "Saya mahu pelaku itu diadili dan dengar penjelasannya secara berhadapan kenapa pukul saya."
Itu harapan pelakon Kamal Adli selepas berhadapan dengan situasi cemas apabila dipukul dengan cota besi oleh individu tidak dikenali sehingga cedera teruk ketika sesi bertemu peminat di Singapore Expo pada 12 Mac lalu.





