WALAUPUN urusan masak-memasak sering dikaitkan dengan kaum wanita, namun apabila tugas itu dikaitkan dalam konteks profesional, cef lelaki sering dilihat lebih menonjol dari segi pangkat dan visual - terutama dalam industri makanan dan minuman (F&B) di restoran mewah dan hotel antarabangsa.
Ini diakui sendiri oleh cef selebriti setempat, Cef Siti Mastura Alwi, biarpun beliau kian mantap membina nama dalam bidang...





