Polis telah memberkas seorang lelaki berusia 27 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk dan mencuri wang dari kotak derma di Masjid Al-Abdul Razak di Eunos pada Isnin. Menurut polis, lelaki itu didakwa di mahkamah pada Selasa. Mengesahkan kejadian tersebut, Pengerusi Masjid Al-Abdul Razak, Encik Mohammed Shahrin Shamsuddin, berkata ini merupakan kali pertama masjid itu mengalami kejadian sebegitu sejak...





