PRESIDEN Halimah Yacob akan berada di Kazakhstan dan Uzbekistan bagi satu lawatan negara dari 21 hingga 25 Mei. Ini adalah lawatan negara pertama oleh seorang Presiden Singapura ke Asia Tengah. Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata dalam satu kenyataan pada Sabtu Puan Halimah akan berada di Kazakhstan dari 21 hingga 23 Mei atas undangan Presiden Kassym-Jomart Tokayev. Beliau kemudian akan berada...





