DI tengah kebimbangan mengenai inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East giat menjalankan tiga Skim Bantuan Kewangan bagi membantu keluarga yang terjejas.
Warga Singapura dan penduduk tetap (PR) yang tinggal di daerah timur laut dengan pendapatan per kapita kurang daripada $800 sebulan dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang warga Singapura di dalam isi rumah mereka...






