PENULIS lirik veteran, Encik Yusnor Ef, dan komposer terkenal, Allahyarham Kassim Masdor, mendapat pengiktirafan tertinggi dalam industri muzik negara apabila diberikan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup oleh Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) atas sumbangan mereka kepada muzik tanah air. Encik Yusnor, 85 tahun, yang kelihatan uzur dan bergerak menggunakan kerusi roda, menerima penghormatan itu daripada Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat...





