PRESIDEN Halimah Yacob disampaikan anugerah Order of Dostyk (Persahabatan) Kelas Pertama oleh Presiden Kazakhstan, Encik Encik Kassym-Jomart Tokayev pada Isnin.
Anugerah itu, yang juga pernah diberikan kepada mendiang Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee Kuan Yew pada Februari 2012, mengiktiraf individu kerana mempromosikan persetujuan antarabangsa dan sivil dalam masyarakat dan menggalak keamanan, persahabatan dan kerjasama antara rakyat.





