IBADAH haji adalah rukun Islam kelima. Setiap Muslim diwajibkan menunaikannya hanya sekali dalam seumur hidup bagi yang mampu, merangkumi kos perbelanjaan, kesihatan dan keselamatan.
Ilmu menjadi dasar penting dalam menunaikan ibadah haji. Jemaah seharusnya mempelajari, menghayati dan melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan dengannya daripada rukun, syarat, sunat dan wajib haji serta menjaga pantang larang sepanjang masa mengerjakan haji.





