MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menekankan bahawa negara-negara mesti berusaha mengekalkan keamanan dan mengelak konflik fizikal di rantau ini.
Berucap di sesi plenari ketujuh Dialog Shangri-La (SLD) ke-20 mengenai topik Membangun Model bagi Keselamatan Hasil Kerjasama pada Ahad, beliau berkata belanjawan pertahanan yang mencukupi adalah teras pada pencegahan pertahanan.





