JEREBU rentas sempadan yang datang dari Indonesia tidak akan menjadi isu lagi, walaupun di tengah-tengah musim El Nino yang lebih panas dan lebih kering, kerana negara itu sudah bersedia menghadapinya, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Binsar Pandjaitan.
Beliau berkata pihak berkuasa sedang berusaha menggunakan teknologi pengubahsuaian iklim bagi menghasilkan hujan buatan dan mengukuhkan simpanan...





