Presiden Halimah Yacob (kiri) telah merasmikan upacara angkat sumpah bagi pelantikan Encik Tan Siong Thye Lawrence (kanan) sebagai hakim kanan Mahkamah Agung Singapura.
Upacara itu telah diadakan di Istana pada Isnin sekitar 12 tengah hari. Hakim Kanan Tan telah mula berkhidmat jawatan barunya sejak 22 Jun dan akan berakhir pada 4 Januari 2027.





