Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan mengambil alih selaku pengerusi Majlis Penasihat Antarabangsa (IAC) Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) mulai Sabtu.
Encik Wong akan menggantikan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang telah memegang jawatan itu sejak 2014, kata EDB dalam satu kenyataan media pada Jumaat.





