KUALA LUMPUR: Spekulasi pergolakan rumah tangga ibu bapa penyanyi Shila Amzah terjawab apabila Datin Fauziah Sarman mengesahkan bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.
Menerusi perkongsian dimuat naik dalam Instagram (IG), Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada Selasa (8 Ogos).





