Sebuah pusat khidmat yang menangani keganasan keluarga dan perlindungan kanak-kanak, Pave, telah melancarkan sebuah video animasi yang bertujuan mengajar kanak-kanak berumur empat hingga sembilan tahun agar menghormati tubuh badan mereka.
Video animasi yang memuatkan lagu dan seni kata menarik itu menekankan perlunya seseorang menghormati tubuh badannya dan mengajar kanak-kanak tentang keganasan seksual dan menolak tindakan yang tidak diingini.





