Mawar Safei
“Shan! Shan!”
Tangannya seperti mahu didepakan, tapi sekejap itu dia cepat melambai tanda menyahut laungan saya. Saat mendekat suaranya separuh parau, “Hello Meique.” Entah mengapa sederap itu saya seperti mendengar ada gelombang yang terpecah. Kebetulan juga angin sedang berlari antara celah renik ranting kemboja yang bersembunyi di laluan mahasiswa. Ia berselerak berulang alik dari bilik kuliah menerusi jambatan...




