Bermula 18 September hingga 29 September ini, Masjid Ar-Raudhah akan menampilkan tema ‘Ihsan – Penilaian bukan di mata manusia’ dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul (1445H) yang akan diadakan selama dua minggu berturut-turut.
Penolong Ketua, Penglibatan Masyarakat & Pembangunan Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ahmad Syarif Senewi, berkata tema ini sesuai dalam usaha memperingati Nabi Muhammad saw sebagai pemangkin keihsanan yang terbaik.





