Para peserta acara Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM), tahun ini kini berpeluang memanfaatkan versi baru aplikasi digital, SCSM+, yang ditawarkan.
Selain menyediakan perkembangan terkini tentang pertandingan maraton yang berlangsung, panduan pengangkutan, pendaftaran bagi perlumbaan dan penjejakan peserta yang berlari, aplikasi SCSM+ itu turut menyokong peserta dalam persediaan mereka.





