PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan memberi tumpuan kepada 89 daerah ‘hotspot’ banjir yang dikenal pasti di seluruh negara menjelang peralihan Monsun Timur Laut bermula November ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sebanyak 77 daerah daripada jumlah itu adalah kawasan sering berlaku banjir.





