Singapura sedang mempercepatkan pembinaan prasarana pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) dan menyasarkan untuk melengkapkan semua bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dengan stesen pengecasan menjelang 2025 dan membina sebanyak 60,000 rangkaian stesen pengecasan menjelang 2030, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.
Mengumumkan demikian semasa berucap di majlis pelancaran Ekosistem Mobiliti Hijau dan Pintar di Politeknik Ngee Ann (NP), Encik...





