Langit di Singapura mungkin berjerebu pada hujung minggu ini walaupun jumlah titik panas yang dikesan di Sumatera, Indonesia, telah berkurangan kepada 126 pada Jumaat, berbanding 176 pada hari sebelumnya.
Jerebu asap pada paras sederhana hingga tebal dapat dilihat daripada imej satelit di bahagian selatan dan tengah Sumatera.





