Sebanyak 34 masjid di sini akan melakukan solat hajat pada Jumaat dan hujung minggu ini bagi mangsa di Jaluran Gaza serta untuk memohon keamanan dan kestabilan segera dikembalikan kepada kehidupan mereka yang terjejas oleh konflik Israel-Palestin.
Semasa mengumumkan itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menggesa masyarakat Muslim menyertai solat hajat tersebut. Masjid yang akan mengadakannya termasuk Al-Taqua, Khalid, Maarof, An-Nur,...





