Penyanyi terkenal Indonesia, Afgansyah Reza yang mesra dengan panggilan Afgan, 34 tahun, memilih untuk mengabadikan pengalaman sedihnya melalui perpisahan menerusi lagu terkininya yang berjudul Ada.
Lebih istimewa, Afgan menyampaikan keresahan hatinya bersama pasangan duet, Lyodra, juara Indonesian Idol.
Afgan berkata, lagu Ada ditulis selepas menerima berita insan paling rapat dalam hidupnya, memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya, selepas bertahun-tahun menjalinkan hubungan...




