Bank pusat Singapura merupakan pembeli emas ketiga terbesar di dunia bagi sembilan bulan pertama 2023, selepas bank pusat China dan Poland, menurut satu laporan oleh Majlis Emas Sedunia (WGC).
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membeli empat tan emas di bursa emas terkawal pada suku ketiga 2023, menjadikan pembeliannya setakat ini bagi 2023 berjumlah 75 tan emas, kata majlis itu.





