Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan Naib Presiden Kanan (Hubungan Strategik) SMRT Corporation, Encik Shahrin Abdol Salam, dan penyanyi serta penggubah lagu, Shazza atau nama asalnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, masing-masing dinobat sebagai Jauhari dan Jauhari Harapan Berita Harian 2023.
Mereka diberikan anugerah tersebut pada majlis penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian yang diadakan di Four Seasons Hotel Singapore...





